Perlawanan persahabatan pembukaan bagi Pelajaran Tawau ( Senior ). KGB FC telah tewas ditangan Pelajaran Tawau yang berkesudahan 3-1. Perlawanan hari ni amat memuaskan. Semua bermain dalam satu pasukan & bukan perseorangan. Ketangkasan Penjaga Gol, Kekebalan benteng pertahanan, Kebijaksanaan perancang mengatur serangan & Penyerang yg sentiasa menggegarkan pihak lwn.
Dari kiri : Rizal ( Perancang utama Pelajaran CF. Kelincahan beliau sentiasa mengucar-kacirkan pihak lawan ). Deddy ( Pemain yg berhijrah dari Pelajaran Sandakan kini bersama-sama dengan antara skuad yg terbaik d Tawau )
( Koleksi gambar semasa berada d pdg SMK Balung Tawau )
Nabil antara penyerang terbaik Pelajaran Tawau. Beliau adalah penjaring terbanyak Liga Pelajaran Peringkat Negeri Sabah Tahun 2008. Kesungguhan beliau menjadikan dia antara penyerang yang digeruni.
Jurulatih berpengalaman sentiasa memastikan anak-anak buahnya bermain bersungguh-sungguh & menjadi antara pasukan yang di geruni.
Romzi berjaya menjaringkan gol dalam sepakan penalti. Kepakaran beliau dalam tendangan penalti seringkali mengecewakan pihak lawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan