VETEREN PELAJARAN TAWAU vs MANAGEMENT GINGA
LOKASI : PDG SM TEKNIK TAWAU
Hari ni veteren Pelajaran Tawau telah membuktikan bahawa mereka adalah antara pasukan yg terbaik di Tawau apabila berjaya menundukkan Management Ginga 4-1. Kehebatan perancang mengatur serangan memudahkan penyerang membolosi gawang. Syabas kepada pasukan Veteren Pelajaran Tawau. Kepada Management Ginga teruskan usaha demi memantapkan pasukan anda. Kekalahan itu bukan bererti tewas selama-lamanya. Anda mampu mengubahnya.
( Koleksi gambar sepanjang perlawanan )
Latif & Rahul
Chili adalah antara Jurulatih terbaik di Tawau, Beliau berjaya menjadikan pasukan yg dibimbingnya menjadi antara pasukan yg terbaik & disegani di era ini.
( Sebelum Perlawanan )
Roslee @ Eward antara perancang terbaik yg amat disegani semasa zaman kegemilangannya & pada hari ni juga beliau masih lagi mampu mengatur serangan-serangan yg berbahaya..
( Rehat masa pertama )
Berdiri dari kiri : Ismail ( Perancang utama Vetern Pelajaran ), Rusdi ( Pemain yg serba boleh ) & Awang ( Juga perancang utama bergandingan dgn Mail & Eward )
( Selepas Perlawanan )
Ali pemain pertahanan yg sering mematahkan serangan pihak lwn
( Santai sebentar )
Sarizan ( Antara pemain pertahanan yg terbaik di Tawau )
Info :
Matnor ( Kemarau gol beberapa game akhirnya terpadam apabila beliau berjaya menjaringkan 2 gol hasil umpanan yg cantik dari perancang pasukan ).
Uzair @ Kaka ( Berjaya menjaringkan 1 gol. Tendangan kencang dari luar kotak penalti menggegarkan jaring pihak lawan ).
Rahul ( Beraksi bersama Management Ginga & berjaya membantu pasukan itu dgn menjaringkan 1 gol pada masa pertama ).
*********ULASAN*********
Perlawanan yg begitu seimbang di mana keadaan padang & cuaca yg begitu baik. Kedua-dua pasukan dapat mengatur strategi masing2. Perlawanan pun begitu sengit sekali.. Walaubagaimanapun setelah tamat perlawanan, telah membuktikan bahawa Veteren Pelajaran juga adalah antara yg terbaik di Tawau setelah berjaya menewaskan Management Ginga. Pasukan yg amat disegani. Syabas!!!...Teruskan perjuangan anda.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan