UMUM JAYA FC vs FC PUKAL
KOMPLEKS SUKAN TAWAU
27 MAC 2010
( LIGA KESURGA 2010 )
Umum Jaya akhirnya berjaya menumpaskan antara pasukan yang amat disegani di Daerah Tawau dengan jaringan 3-2, dalam pertandingan Liga yang terbaik Tawau iaitu, Liga Kesurga ( Kelab Sukan & Rekreasi Ginga ). FC PUKAL dibarisi oleh pemain-pemain yang cukup berpengalaman. Kelincahan penyerang-penyerang FC PUKAL sentiasa merisaukan UMUM JAYA FC. Walaubagaimana pun, inilah dunia bola sepak, yang diramal tidak semestinya menang. Mungkin semangat gigih dari pemain-pemain UMUM JAYA FC dan sikap tidak pernah putus asa yang ditunjukkan yang telah membuatkan mereka berjaya. Tahniah buat kedua-dua pasukan. Sikap semangat kesukanan yang kamu tunjukkan patut dicontohi pasukan-pasukan lain.
( Diselitkan sedikit koleksi sepanjang perlawanan tersebut )
UMUM JAYA FC
Belakang dari Kiri : Mat (PG),Azlan, Lan Gallas, Dar, Mai, Kang
Depan dari kiri : Adi, Mal (K), Jan, Faizal & Yan