GENG BOLA TAWAU vs ROCKYS FC
PADANG ST PATRICK TAWAU
24 JANUARI 2010
Geng Bola mengganas lagi apabila berjaya membelasah pasukan ROCKYS FC dengan jaringan 8-3. Kekebalan di benteng pertahanan, kebijakan perancang mengatur strategi sentiasa disudahi oleh penyerang Geng Bola dengan percubaan-percubaan yang berbahaya. Kemantapan pemain di semua posisi sentiasa menyukarkan perancang pihak lawan mengatur serangan. Pujian juga harus diberikan kepada pihak lawan kerana tidak pernah menunjukkan sikap putus asa. Mereka tidak pernah mengalah sehingga wisel penamat. Syabas kepada kedua-dua pasukan.
( Dibawah diselitkan sedikit koleksi sebelum, semasa & selepas perlawanan )
Yan, Raul & Latif
( Akan menggegarkan dunia bola sepak satu hari nanti )
( Bakal menggegarkan dunia bola sepak satu hari nanti )
( Antara pemain yang bersemangat tinggi )
( Pertahanan yang cukup berpengalaman )
( Kini beraksi bersama-sama Geng Bola )
( Pemain Geng Bola yang cukup berbahaya. Hantaran beliau sentiasa menghasilkan kesudahan yang menggegarkan kubu lawan)
Haindy & Romzi


( Pemain yang cukup berpengalaman. Mereka telah membawa pasukan PUKAL FC menjuarai Liga DIVISYEN 2 Daerah Tawau 2009. Kepakaran mereka dalam mengatur posisi pemain sentiasa merisaukan pihak lawan )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan