PELAJARAN TAWAU TEMPAT KE 3 PERINGKAT NEGERI SABAH !!!!
Sekiranya di ramal di atas kertas dan undian, Tawau yang lebih kepada JUARA kerana kemantapan di semua posisi. Tiada satu pun posisi yang kurang. Kekebalan di benteng pertahanan, kebijakan perancang mengatur permainan & kelincahan serta kesungguhan penyerang yang sentiasa menggegarkan kubu lawan. Kehadiran Tawau di padang amat digeruni pihak lawan & sentiasa menjadi sebutan. Walaubagaimanapun inilah dia dunia bolasepak, yang diramal tidak semestinya menang. Kami tidak akan dan tidak sekali-kali putus asa. Tahun 2009 bukan milik kami. Kami juga mengucapkan syabas kepada setiap pasukan lawan. Semangat juang yang tinggi yang anda tunjukkan amat kami hormati.
Saya selaku Pengurus Pasukan Pelajaran Tawau 2009 mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pemain yang sentiasa gigih berusaha sehingga sampai ke tahap ini. Kepada pihak pengurusan pasukan, Syabas & Tahniah. Sikap yang tidak pernah putus asa yang kamu tunjukkan dalam pasukan ini amat dihargai.
Dibawah ni kami selitkan koleksi gambar kami sepanjang kami berada di Sandakan.
Pesta Sukan & Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPPS)
Peringkat Negeri SABAH.
26 Oktober 2009 hingga 30 Oktober 2009

Berdiri dari kiri : Man, Ijan, Emang, Rizal, Azman, Romzi (K)
Duduk dari kiri : Nizam, Husin, Fadli, Haindy & Atan.
Tiada dalam gambar : Boy, Moktar, Hafizaini, Zalimi, Joe, John & Haris

Wan ( Penolong Jurulatih ) & Raul ( Pengurus Pasukan )

Uzair @ Kaka ( Ketua Jurulatih ) & Andah ( Penolong Pengurus )

Mide ( Fisioterapi yang cemerlang )











Ijan ( Pemain pertahanan yang cemerlang )


Fadli ( Penyerang yang berbahaya )

Moktar, Romzi (K) & Jo
( Antara pemain pasukan yang sentiasa mengucar-kacirkan pihak lawan )


Berdiri dari kiri : Husin, Man, Emang (GK), Ijan, Azman & Romzi (K)
Didepan dari kiri : Fadli, Haindy, Nizam, Rizal & Boy
Simpanan : Zalimi, Hafizaini, Moktar, John, Haris, Atan & Jo

Antara pemain yang menggerunkan pihak lawan.